Wednesday 2 October 2013

Sambutan Hari Bumi,MRSM Transkrian


22 APRIL, hari BUMI

Hari bumi disambut pada 22 April setiap tahun. 

Tak ketinggalan sekolah kami turut mengadakan aktiviti dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan menjaga, memelihara dan memulihara satu-satunya khazanah paling berharga iaitu bumi, aktiviti ini dikelolakan oleh Pn.Farah dan Pn. Aina serta dirasmikan oleh pengetua MRSM,Transkrian En Samsuddin b.Suip pada 10 June 2013.


Tema sambutan Hari Bumi Sedunia pada tahun 2013 adalah 
‘The Face of Climate Change’
atau dalam bahasa Malaysia 
“Wajah-wajah Perubahan Iklim.


 Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketikaekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.

Pendedahan serta pendidikan yang berterusan mengenai kepentingan alam sekitar sangat perlu diterapkan kepada generasi muda masa kini

.Pendidikan Alam Sekitar  melibatkan berbagai unsur perlu dipelajari dan dijaga, bukan sahaja mengenai penanaman pokok, menjaga kebersihan, pencemaran dan berbagai aspek yang berkaitan dengan alam sekitar di sekeliling kita.

Program ini dihasratkan untuk memberikan pendedahan dan pendidikan serta kesedaran bagaimana generasi muda menjaga dan menghargai bumi yang mereka diami melalui pelbagai cara yang boleh dijalankan.

Pada sambutan tahun ni semua murid tingkatan satu 2013 seramai 159 orang terbahagi kepada 10 kumpulan homeroom masing masing berpeluang menanam sepohon pokok bunga raya (bunga kebangsaan).


Bunga Raya




Okey masa untuk tanam
Plastik hitam kena keluarkan dulu yaaaa..

Masukan dalam lubang yang siap dicangkul






Antara kegiatan yang dilakukan semasa Hari Bumi 2013 termasuk menanam  bunga di  kawasan sekolah, membersihkan sekitar kawasan penanaman dan memberi baja kepada pokok-pokok bunga yang ditanam di perkarangan sekolah serta membersihkan kawasan sekolah

.Penjagaan alam sekitar adalah isu global terpenting kepada kehidupan di planet bumi ini yang perlu dijaga bersama sebagai khazanah harta yang sangat bernilai.

                             

1 comment:

  1. Congrats!!!! sbb fighting apapun hr. farh ttp terbaek!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...