Sunday 6 October 2013

Lawatan keZOO Taiping

Tarikh : 29 Ogos 2013
Penyertaan: Pelajar-Pelajar Tingkatan Satu
Guru Bertugas: Cikgu Aimi, Cikgu Farah & beberapa guru bertugas yang lain
Masa: 8.00 – 1.30 tgh


Tujuan lawatan ini bagi mendedahkan kami pelajar pelajar tentang nama, rupa haiwan  serta sifat haiean tersebut , ini adalah untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar-pelajar mengenai habitat haiwan dan cara hidup haiwan dengan lebih dekat lagi serta mengembangkan pengalaman sedia ada tentang flaura dan fauna. 








Lawatan lawatan sebegini mampu mendekatkan kita dengan alam semulajadi.



"Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill) Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.

Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai."

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...