
Our journey to success
Thursday, 31 October 2013
Happy Diwali & Happy Holiday 2013

Tuesday, 15 October 2013
Salam Aidil Adha

Buat semua..maaf zahir batin. Moga semuanya selamat sampai ke MRSM esok.
Ins sha allah.
Tuesday, 8 October 2013
Kami anak MALAYSIA...!!Sambutan Kemerdekaan..

Tarikh:30 Ogos 2013
Tempat: Dewan Ibnu Sina
Acara: Sambutan Kemerdekaan
Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.
Malaysiaku Berdaulat:
Tanah Tumpahnya Darahku
Tarikh: 28 Ogos 2013
Tempat: Dewan Ibnu Sina
Monday, 7 October 2013
Pasaria......

Alhamdullilah walaupon aktiviti kami padat dengan lawatan ke zoo sebelah pagi dan petang pulak diadakan pasaria (aktivi melatih kami pelajar pelajar selok belok perniagaan). Hanya sebahagian pelajar pelajar tingkatan satu yang terlibat, pelangan kami pulak adalah dikalangan semua pelajar pelajar MRSM.
Pengalaman yang berharga buat kami disini. Dengan aktiviti ini kami secara tidak langsug terdedah dengan sifat sifat:
1. Peramah dan mesra dengan orang.
2. Bertolak ansur di dalam berjual beli.
3. Berlapang dada dengan karenah manusia
2. Bertolak ansur di dalam berjual beli.
3. Berlapang dada dengan karenah manusia
Nabi bersabda, 9 daripada 10 sumber rezeki ada dalam perniagaan
Sunday, 6 October 2013
Lawatan keZOO Taiping

Tarikh : 29 Ogos 2013
Penyertaan: Pelajar-Pelajar Tingkatan Satu
Guru Bertugas: Cikgu Aimi, Cikgu Farah & beberapa guru bertugas yang lain
Masa: 8.00 – 1.30 tgh
Tujuan lawatan ini bagi mendedahkan kami pelajar pelajar tentang nama, rupa haiwan serta sifat haiean tersebut , ini adalah untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar-pelajar mengenai habitat haiwan dan cara hidup haiwan dengan lebih dekat lagi serta mengembangkan pengalaman sedia ada tentang flaura dan fauna.
Lawatan lawatan sebegini mampu mendekatkan kita dengan alam semulajadi.
"Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill) Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.
Bulan Kemerdekaan,Tanah Tumpahnya Darahku; Part2

RASIONAL Program Sambutan bulan kemerdekaan adalah untuk meningkatkan semangat patriotik dan perasaan tanggungjawab terhadap keamanan dan kebebasan Negara dalam kalangan warga sekolah sebagai warganegara Malaysia.
kreatif ....MALAYSIA kecintaan ku
Menganyam Ketupat
Kior Patriotit
Syabas kepada kumpulan yang menang...alhamdullilah kumpulan kami dapat tempat ke2
Syabas semua.
Thursday, 3 October 2013
Bulan Kemerdekaan, Tanah Tumpahnya Darahku...

Tarikh: 26 Ogos 2013
Tempat: Padang Sekolah, Kantin & Dewan Sekolah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bertepatan dengan kedatangan 31 Ogos, Sekolah kami telahpun memilih tarikh 26 Ogos 2013 sebagai hari perasmian sambutan kemerdekaan peringkat sekolah. Beberapa program disusun pada perhimpunan rasmi itu termasuklah ucapan, kibaran jalur gemilang, pertandingan kior patriotit,math blizt, malam anjung bahasa,mendeko kek dan meja tanda kesyukuran aman makmurnya MALAYSIA, tanah tumpah darahku.
Sesungguhnya kemerdekaan yang diraih untuk kali yang ke-56 ini patut dihargai,
Sesungguhnya kemerdekaan yang diraih untuk kali yang ke-56 ini patut dihargai,
Malaysiaku Berdaulat; Tanah Tumpahnya Darahku...
Sebahagian dari aktiviti kami;
Mendeko atas meja dengan tema
Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
Tema Hari Kemerdekaan Kali Ke-56 Tahun 2013 : Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku .
Tema ini dipilih bagi memberi peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara
bergotong royang semua ahli 1M bagi menjayakan program bulan kemerdekaan
Burger,sandwish serta minuman
Sebahagian dari ahli kumpulan
memupuk semangat patriotik dan cinta akan negara dalam kalangan pelajar
Subscribe to:
Posts (Atom)